ARTIKEL SEBELUM

6/06/15

Putuskan DAP: Keputusan belum muktamad

KUALA SELANGOR - Keputusan Dewan Ulama Pas Pusat yang sebulat suara memutuskan hubungan dengan DAP bukannya sesuatu yang muktamad.

Demikian kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sambil menegaskan walaupun usul itu mahu dibahaskan dalam Muktamar Pas Pusat kali ini, namun ia bukan keputusan rasmi parti.

"Usul ulama itu tak payah bincang dan usul itu diiserahkan kepada Majlis Syura Ulama, memang betul dia batalkan kerjasama DAP, tapi belum muktamad.

"Kalau bincang hari ini pun, kita tak keluar (keputusan), kerana ada masalah hukum yang pPutuskan DAP: Keputusan belum muktamaderlu dirujuk kepada Majlis Syura Ulama," katanya berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Dewan Ulama Pas Pusat sebelum ini sebulat suara meluluskan usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP berikutan kelantangan parti itu menyerang kepimpinan dan perjuangan Pas.

Sementara itu, menyentuh komplot menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau berkata perkara tersebut mempunyai hubung kait dengan pemilihan parti itu.

Sehubungan itu, katanya lagi, tiada keperluan kepada jawatankuasa siasatan Pas Pusat untuk membuka semula kes tersebut kerana pemilihan sudah berlaku.

"Pemilihan sudah berlaku, bagi saya tiada kes lagi kes nak disiasat lagi.

"Kes itu sudah diambil alih kejadian kerana ada hubung kait dengan pemilihan Pas, jadi saya rasa tidak perlu korek (siasat) lagi," ujarnya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud