ARTIKEL SEBELUM

27/06/15

PR masih berfungsi di Selangor, P.Pinang

SHAH ALAM – Kerajaan PR Selangor masih berfungsi namun yang berkubur hanyalah Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) kerana kerajaan negeri ditadbir pembangkang masih memegang teguh dasar bersama yang diasaskan daripada ketiga-tiga parti komponen.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PR masih wujud cuma Majlis Presiden PR di peringkat nasional sahaja tidak lagi berfungsi.

“PR masih wujud di Selangor dan Pulau Pinang, hanya Majlis Presiden tidak berfungsi namun dalam berdepan situasi ini, tidak ada mana-mana pihak daripada PKR, Pas dan DAP berhak mengatakan PR mati dan tidak lagi wujud.

“Di Selangor PKR, Pas dan DAP masih menjalankan tugas bersama dalam hal pentadbiran negeri dan juga rakyat. Sebab itu saya tegaskan PR masih wujud,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memaklumkan pada Ahad ini akan berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar di kediaman rasminya.

“Majlis buka puasa ini ialah rutin tahunan kalendar Pejabat Menteri Besar yang dihadiri Ahli Parlimen, Adun,ahli majlis, penyelaras Dun, penghulu,ketua kampung dan juga nazir masjid dan bukanlah pertemuan bagi membincangkan masa depan PR seperti dilaporkan beberapa portal.

“Memang kita jemput semua pimpinan negeri yang juga terdiri orang politik namun ia bukanlah berhasrat membincangkan masalah PR sebaliknya sekadar majlis berbuka puasa biasa,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud