ARTIKEL SEBELUM

8/05/15

Sokongan Melayu meningkat 4-5 % kepada PKR,

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keputusan pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh menunjukkan peningkatan undi Melayu di antara 4 sehingga 5 peratus terutamanya di kalangan golongan muda.

Menurutnya, peratus keluar mengundi sebanyak 73.71 % adalah kerana rakyat mahu melihat satu blok Pakatan Rakyat (PR) yang teguh.

"Pengundi Permatang Pauh mahukan sebuah PR yang kuat dan mereka mengingati Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kemenangan ini bukan kemenangan PKR sahaja tetapi kemenangan rakyat yang menentang kezaliman BN kepada Anwar Ibrahim yang terbukti masih relevan buat rakyat Malaysia.

"Ia juga manifestasi kekecewaan rakyat kepada kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dipenuhi kemewahan dan ketirisan serta gaya hidup pemimpin, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terkini terpaksa menggunakan dana Tabung Haji," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas diumumkan sebagai pemenang di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara, Penanti.

Presiden PKR itu meraih 30,316 undi, meninggalkan calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi, menjadikan majoriti 8,841 undi.

Dua lagi calon, Azman Shah dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) menerima 101 undi, manakala calon bebas Salleh Ishak menerima 367 undi, manakala sebanyak 843 undi rosak.

Majoriti kali ini lebih rendah di samping peratusan keluar undi yang lebih kecil, 74%, berbanding 88% pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dua tahun lepas.

Bagaimanapun, PKR masih mengekalkan peratusan undinya, iaitu sekitar 57% daripada jumlah keseluruhan undi.

Pada PRU13, Anwar memenangi kerusi itu dengan jumlah undi 37,090, atau 58.56% daripada jumlah keseluruhan undi 63,332, dengan majoriti 11,721.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud