ARTIKEL SEBELUM

20/04/15

Ustaz Haslin pernah dituduh gila nak jadi artis

  Haslin Baharin


SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharin akui pernah dituduh mahu menjadi artis gara-gara sering bergandingan dengan beberapa artis yang telah berhijrah.

Namun, beliau akui seronok bergandingan dengan artis-artis tersebut dan menganggap tuduhan itu sebagai ujian.

“Saya seronok apabila diberi peluang bergandingan dengan artis-artis yang berhijrah. Ramai artis kita (yang berhijrah).

“Tiba-tiba ada yang kata, Ustaz (Haslin) dah gila nak jadi artis. Waktu itu saya kata apa? Astaghfirullahalazim. Ini merupakan ujian.

“Sebab itu dalam bahasa mudah, reda Tuhan itu apabila ALLAH bagi ujian, muhasabah diri,” katanya ketika menjadi panel di program Bicara Majalah I di Masjid Al-Khairiyah, semalam.

Dalam perkongsian sama, beliau memberitahu, kebijaksanaan membuatkan umat Islam menerima kematian kerana sakit yang diderita sebagai suatu hikmah.
“Ada satu kalimah iaitu hikmah. Setiap benda yang berlaku itu ada sesuatu yang tersirat dan ini merupakan kebijaksanaan ALLAH. Hikmah. Contohnya, sakit. Jangan sangka orang yang mati sakit sebab sakit yang mengerikan itu... ‘kesian dia’.

“Kalau orang yang ada kebijaksanaan...hikmah... ‘untung dia mati sebab sakit’. Sebab apa? Selalu orang yang sakit, mulutnya selalu (menyebut nama ALLAH) kebanyakan...tak percaya pergi ke hospital.

“Saya pergi ke hospital, ada budak berusia 16 tahun yang kemalangan kereta dan alami kecederaan teruk di kepala dan anggota. Saya lihat dia, keluar air mata tapi tak tunjuk depan dia. Dia berusaha bangun nak salam dengan saya tapi ketika nak bangun itu, mulutnya asyik menyebut nama ALLAH,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan agar umat Islam menjalan segala perintah ALLAH untuk mendapatkan keredaan ALLAH.

“Bagaimana kita nak mendapat keredaan ALLAH? Buat benda yang Tuhan suruh. Kita kena ; create inner world’ supaya ‘outter world’ kita berjaya.

“...Apabila ALLAH reda pada kita, ALLAH akan jadikan kita orang yang bermanfaat walaupun sedikit,” katanya.- SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud