ARTIKEL SEBELUM

2/04/15

PERKASA: Apa Dr M kata isu Altantuya betul


PERKASA hari ini menyuarakan pendapat senada dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu siasatan dibuat untuk mencari pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Kumpulan pendesak Melayu itu juga bersetuju dengan kritikan keras bekas perdana menteri terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Mahathir bukan tuduh, tapi (minta) siasat, common sense, everybody will support (logik akal, semua orang akan setuju).

“Apa yang Mahathir kata itu betullah itu,” kata Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Perkara itu termasuk membangkitkan persoalan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, susulan reaksi Najib bahawa perkara itu “mengarut” sebelum ini.

Beliau juga mengulangi amaran bahawa BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib terus menerajui parti itu, selain terus mengasak itu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mahathir juga berkata semua kaum tidak lagi berdiri di belakang pemimpin nombor satu negara.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud