ARTIKEL SEBELUM

4/04/15

‘Mama Juwie’ meninggal dunia akibat kanser usus

 


Wartawan hiburan terkenal “Mama Juwie” (gambar, kanan) atau nama sebenarnya Abdul Jalil Salleh, 62, meninggal dunia akibat kanser usus di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Kuala Lumpur hari ini.

Adik Mama Juwie, Osman Salleh ketika dihubungi Bernama berkata abangnya meninggal dunia pada 10.41 malam tadi.

"Arwah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan usus kali kedua semalam dan pembedahan pertama dijalankan pada 23 Mac lepas," katanya.

Beliau berkata Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HUKM selama 12 hari, selepas menjalani pembedahan pertama itu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah kakaknya di Selayang Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang esok, katanya.

Mama Juwie yang berasal dari Singapura merupakan anak keenam daripada lapan beradik dan pernah menulis lirik lagu popular era 80-an, termasuk “Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hati Mu”, “Cinta Hanyut Di Lautan Sepi' dan 'Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu”.

Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan hiburan di Berita Harian, sebelum menyertai Utusan Malaysia dan dilantik sebagai pengarang majalah Mangga terbitan Utusan Karya. – Bernama,

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud