ARTIKEL SEBELUM

15/04/15

Kadar Internet akan turun hingga 57%

Kerajaan mengumumkan, pengguna bakal menikmati kadar bayaran lebih rendah untuk penggunaan Internet jalur lebar.

Satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Bernama menyebut, ia melibatkan pengurangan antara 10 peratus hingga 57 peratus bagi kadar tertentu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengurangan tarif itu akan mengimbangi kadar enam peratus yang dikenakan melalui cukai barangan dan perkhidmatan.

Pakej jalur lebar mudah alih dengan had data 1GB dengan frekuensi 3G akan dikenakan kadar baru RM25 sebulan.

Pakej jalur lebar talian tetap 1Mbps pula akan bermula pada kadar RM38 sebulan, katanya.

"Pengurangan ini sangat positif bagi pengguna dan saya mengucapkan terima kasih kepada pembekal komunikasi kerana memperkenal pakej yang berbaloi dengan harga.

"Adalah penting untuk semua pihak turut serta dalam arus perdana digital dan mengambil bahagian dalam ekonomi digital dan Internet," kata Shabery.

Perkara itu diumumkannya selepas mesyuarat mingguan Kabinet.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud