ARTIKEL SEBELUM

22/04/15

BN bakal hilang satu kerusi?

  BN

SHAH ALAM - BN didakwa bakal kehilangan satu kerusi di Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris digantung keahlian Umno kerana mengkritik kepimpinan negeri, baru-baru ini.

Penggantungan Jamat selama enam tahun berkuatkuasa 17 Mac lalu selepas pendengaran kesnya itu.

Selain Jumat, Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar juga menerima nasib sama, digantung tiga tahun.‎

Ini sekaligus, mereka dilarang sama sekali untuk terlibat dengan sebarang aktiviti parti termasuk mesyuarat cawangan yang akan berakhir 2 Mei depan.

Kedua mereka telah mengemukakan rayuan kepada Majlis Tertinggi (MT).

Sekiranya rayuan berkenaan ditolak, BN akan kehilangan satu kerusi di Dewan Rakyat yang ketika ini berjumlah 133 daripada 222 keseluruhannya.

‎Jumat berkata, surat memaklumkan penggantungannya diterima 1 April lalu melalui faks ke pejabatnya.

"Saya dikenakan tindakan berhubung kenyataan saya pada 2012 yang diviralkan semula dan dilaporkan sebuah portal media.

"Ketika itu, saya mempertikaikan projek ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) yang diluluskan, tetapi masih belum dilaksanakan," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Sepanggar kepada Sinar Online, semalam.
Mengulas lanjut, Jumat berkata, beliau masih mahu memberikan sumbangan kepada Umno, tetapi enam tahun pengangtungan terlalu panjang.

Sementara itu, ‎menurut sumber, Syed Atief dikatakan dikenakan hukuman itu selepas sering mengkritik kepimpinan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.‎

"Tindakan Syed Atief mengkritik menerusi Facebook itu boleh mencemar parti. Itu antara sebab tindakan terhadapnya," katanya.

‎Pemuda Umno Perlis dikatakan beberapa kali meminta untuk bersemuka dengan Azlan yang juga Timbalan Pengerusi Umno Perlis bagi membincangkan hala tuju dan program bersama dengan negeri, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Azlan selepas beberapa bulan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan telah menerima surat rayuan daripada Jumat dan Syed Atief.

“Selaku Setiausaha Agung, saya akan membawa surat ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Umno akan datang.

“Dalam mesyuarat itu nanti akan ditentukan sama ada perlu pertimbangan politik untuk dibawa ke Mesyuarat MT.

“Jika tidak, ia akan dikembalikan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk dinilai semula,” katanya. 

s.hARIAN

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud