ARTIKEL SEBELUM

17/02/15

Tok Pa enggan layan Ibrahim Ali

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed enggan melayan kritikan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali selepas terdapat ura-ura Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Mustapa berkata, Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan BN kerana keputusan muktamad adalah di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden BN.

"Akhirnya presiden tertinggi (Najib) akan buat keputusan.


"Sesiapa yang berlainan pandangan, akhirnya pengerusi tertinggi akan buat keputusan," kata Mustapa pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mustapa dikritik presiden Perkasa itu selepas secara peribadi berpendapat BN tidak perlu bertanding di DUN Chempaka bagi memberi tumpuan kerja pemulihan di beberapa kawasan di Kelantan yang musnah akibar banjir besar Disember lalu.

Mustapa juga tidak menjawab kritikan Ibrahim kerana perlu melalui beberapa proses sebelum memutuskan sebarang keputusan untuk sama ada bertanding atau tidak.

"Saya kena adakan mesyuarat dengan badan perhubungan dan yang ketiga kena angkat perakuan daripada presiden tertinggi BN dan semua masih belum diputuskan lagi," katanya.

Mustapa berkata terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi kerana tiga proses tersebut masih belum berjalan.

Beliau juga mempertahankan kenyataan awalnya supaya tidak bertanding di Chempaka.

"Ia pandangan peribadi saya dan saya rasa itu yang terbaik," katanya.

Kerusi DUN Chempaka kosong selepas penyandangnya bekas Menteri Besar Kelantan allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia Khamis lepas.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud