ARTIKEL SEBELUM

19/02/15

Pertuduhan cubaan rogol Rizalman kembali dibicarakan di mahkamah New Zealand hari ini

Muhammad Rizalman Ismail, bekas atase tentera Malaysia yang di ekstradisi ke New Zealand bagi menghadapi pertuduhan cubaan rogol akan kembali ke kandang mahkamah hari ini bagi menyambung perbicaraan.

Media negara itu melaporkan, Rizalman, 38, dijangka tampil ke Mahkamah Daerah Wellington hari ini bagi mendengar pertuduhan yang dihadapinya.

Rizalman menghadapi tuduhan pecah rumah dan menyerang dengan niat melakukan pencabulan seksual terhadap warga New Zealand, Tania Billingsley, 21, pada 9 Mei tahun lepas selepas didakwa mengekori wanita itu ke rumahnya di pinggir bandar Wellington dan cuba memperkosanya.


Bagaimanapun, beliau pulang ke Malaysia tidak lama selepas itu menggunakan imuniti politik.

Pada Oktober 2014, Rizalman diterbangkan dari Kuala Lumpur ke New Zealand di bawah kawalan polis dan bermalam dalam tahanan di Auckland sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Wellington.

Rizalman yang merupakan pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi yang pejabatnya terletak di Wellington itu, boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Dalam perbicaraan sebelum ini pada November 2014, Rizalman berjaya dalam permohonan ikat jaminnya, bagaimanapun diperintahkan menyerahkan pasportnya dan dilanjutkan waktu berkurung ke atasnya daripada 10 malam hingga 7 pagi kepada 7 malam hingga 7 pagi.

Syarat lain ikat jamin, termasuk tidak mendekati pengadu atau mengunjungi kawasan Wellington meliputi kawasan pinggir Newton dan Berhampore dan Cuba Street dikekalkan. –

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud