ARTIKEL SEBELUM

26/02/15

Berita Lee Kuan Yew meninggal dunia, tidak benar

Lee Kuan Yew merupakan perdana menteri pertama Singapura dan dianggap perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia. – Gambar fail AFP, 26 Februari, 2015.

Khabar angin tersebar yang menyatakan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia adalah tidak benar, menurut Menteri Tenaga Manusia Tan Chuan-Jin di laman Facebooknya, semalam.

"Khabar angin tersebar dengan meluas. Ramai dalam kalangan anda menghantar mesej bertanyakan mengenai keadaan Encik Lee Kuan Yew. Terus berdoa untuk beliau kembali pulih," katanya.

Saluran televisyen tempatan, Channel NewsAsia sebelum ini melaporkan stesen televisyen berkenaan mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa khabar angin itu adalah tidak benar.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, pejabat Perdana Menteri Pejabat (PMO) berkata Lee dimasukkan ke Hospital Besar Singapura pada 5 Februari lepas kerana menghidap radang paru-paru yang teruk.

Menurut kenyataan itu, keadaan beliau kembali stabil namun masih berada dalam ventilasi mekanikal di Unit Rawatan Rapi (ICU). Beliau sedar dan diberikan sedatif ringan.

Lee, 91, merupakan perdana menteri pertama Singapura (1959-1990) dan dianggap perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia. – Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud