ARTIKEL SEBELUM

30/12/14

Objek bukan dari QZ8501, kata Jusuf Kalla

Objek yang dikesan beberapa jam lepas semasa pencarian laut pesawat AirAsia QZ8501 didapati bukan dari pesawat itu, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata, susulan laporan mengatakan pesawat pengawasan Australia menemui sesuatu terdahulu hari ini.

"Setelah diperiksa, tiada bukti mencukupi mengesahkan apa yang dilaporkan," Kalla memberitahu sidang akhbar di Lapangan Terbang Surabaya di mana pesawat malang itu berlepas pagi semalam.

Australia, Singapura dan Malaysia menggunakan pesawat dan kapal laut membantu dalam Indonesia mencari pesawat AirAsia Indonesia jenis Airbus 320-200 itu yang hilang dan dipercayai terhempas di Laut Jawa dalam perjalanan ke Singapura.


Kalla berkata terdapat 15 kapal dan 30 pesawat mencari di kawasan itu.

"Ia bukanlah satu operasi yang mudah, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca buruk begini," katanya.

Jurucakap Tentera Udara Indonesia Hadi Tjahjanto memberitahu AFP, pencarian waktu ini tertumpu pada satu tompok minyak yang dikesan dekat pulau Belitung di Laut Jawa.

Potal berita Indonesian Detik.com memetik Captain Hercules A1319 milik Indonesia, Left Kolonel IG Putu Setia berkata, mereka menerima laporan terdapat tumpahan minyak di lokasi itu.

"Kami boleh sahkan kami menemui tumpahan minyak di Selat Karimata tetapi kami tidak boleh pastikan sama ada ia berpunca daripada kapal terbang atau kapal laut."

Lokasi tumpahan minyak itu ialah antara 140km ke 150km dari koordinat di mana usaha pencarian pesawat hilang itu sedang dilakukan.

Terdahulu hari ini, pihak berkuasa Indonesia mengesahkan kapalterbang Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan "sesuatu" objek di dalam laut kira-kira 100 batu di barat daya Pangkalan Bun atau 700 batu dari lokasi terakhir dikenalpasti sebelum Airbus A320-200 itu terputus hubungan semalam.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud