ARTIKEL SEBELUM

18/12/14

Azmin: Peranan Anwar masih penting

Menteri Besar Selangor Azmin Ali menegaskan bahawa peranan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri masih penting bagi memperkukuhkan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian hari ini ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan bahawa beliau dibayangi oleh Anwar.

Mengulas perkara itu, Azmin berkata beliau menghormati pandangan tersebut, yang dinyatakan oleh ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Mustafa Ishak.

"Itu pandangan dia. Peranan Anwar itu masih lagi penting. Peranan Anwar dalam konteks memberikan nasihat pandangan itu penting bagi kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat.

"Beliau telah memainkan peranan yang cukup besar dalam memperkukuhkan Pakatan.

"Saya telah lama bekerja dengan beliau (Anwar) dan pandangan pandangan beliau itu diambil kira dalam parti, dalam Pakatan, dalam kerajaan negeri sebagai penasihat ekonomi," katanya.

Azmin ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam.

Kedudukan Anwar itu menjadi perhatian susulan tindakan sultan Selangor, yang melucutkan gelaran "Datuk Seri" kepada ketua pembangkang itu pada bulan lalu.

Kenyataan istana menyebut, pembatalan darjah kebesaran itu dibuat atas alasan Anwar mempersoal kewibawaan dan kuasa sultan dan institusi raja ketika krisis menteri besar sebelum ini.

Ketegangan dengan istana itu muncul susulan projek "Langkah Kajang", apabila PKR sebelum ini bertegas untuk menamakan seorang calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun istana mahukan lebih nama.

PKR mencalonkan presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail walaupun istana akhirnya memilih timbalannya Azmin Ali sebagai menteri besar baru.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud