ARTIKEL SEBELUM

30/11/14

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia disiasat

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembayaran pampasan kepada pegawai-pegawainya semasa beliau menjadi menteri besar Selangor dilakukan dengan mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor.

Beliau berkata pembayaran berjumlah RM2.3 juta kepada lapan pegawai kontrak MBI dilakukan mengikut skim pemisahan sukarela selepas pertukaran menteri besar.

"Pembayaran dilakukan secara telus dan profesional serta berhemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program 'jamuan rakyat' di sebuah masjid dekat Telok Gong di sini, hari ini.

Pembayaran itu, yang disifatkan oleh beberapa pihak sebagai tidak munasabah, dilakukan pada akhir tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebagai menteri besar sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih pada 23 Sept.

Dalam hubungan ini, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Pelabuhan Klang berkata beliau sedia disiasat oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berhubung isu pembayaran pampasan, jika perlu. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud