Naib presiden MCA Datuk Chew Mei Fun menyelar wakil Umno Pulau Pinang yang masyarakat Cina di negeri itu menempa kejayaan daripada hasil perniagaan haram.
Chew berkata, wakil Umno negeri itu, Zaidi Mohd Said perlu dikecam sekeras-kerasnya kerana “dakwaan penuh taksub” itu hanya untuk meraih “keuntungan politik murahan”.
"Kami menentang tindakan Mohd Zaidi yang mengaitkan aktiviti maksiat membuka perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan sebagai jalan untuk orang Cina Pulau Pinang meraih kemewahan.
“Dakwaan taksub sebegitu menunjukkan bahawa individu ini amat memerlukan otak," kata Chew yang juga pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA negeri.
Katanya, kenyataan yang bersifat menghasut itu tidak patut diucapkan kerana boleh memusnahkan hubungan kaum.
“Amat menyedihkan sekali kerana Mohd Zaid memilih untuk meraih keuntungan politik murahan dengan membuat dakwaan sewenang-wenang dengan membangkitkan mengenai kegiatan maksiat untuk memfitnah orang Cina Pulau Pinang,” katanya.
Mohd Zaidi dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalam mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.-Mkini