ARTIKEL SEBELUM

15/11/14

Isu Presiden PAS selesai, tak perlu bangkit lagi

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan isu ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, berkata perkara itu sudah selesai apabila satu pertemuan antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dengan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke diadakan kelmarin.

"Cerita ini sudah selesai, tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan berterusan oleh DAP sebelum ini terhadap Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pertemuan dua pihak antara PAS dan DAP itu diadakan selepas masing-masing bersetuju membincangkannya secara 'direct'.

Sebelum ini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakui kesihatan beliau kurang baik sejak kebelakangan ini dan jarang dapat memenuhi jemputan termasuk ceramah parti pada waktu malam. - HARAKAHDAILY 14/11/2014

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud