Naib presiden PKR, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan Liwat II.
Dalam ucapannnya kepada 500 orang penyokong di luar Istana Kehakiman hari ini, Tian Chua berkata para peserta berkenaan akan digembleng untuk hadir di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.
"Kita akan berhimpun di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar dikenakan hukuman.
"Ia akan menjadi kebangkitan rakyat dan gelombang baru untuk mempertahankan ketua pembangkang,” katanya.
Ucapannya itu disambut dengan laungan slogan “reformasi” oleh para penyokong.\ MK
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kewibawaan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya harus belajar undang-undang semula.
Beliau mendakwa, peguam berkenaaan yang dilantik kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan itu membuat ucapan politik di mahkamah dan bukannya menjawab hujah pembelaan.
Dengan itu, Shafee menjadikan persidangan mahkamah tersebut sebagai “perbicaraan politik dan kepura-puraan media”.
Pendakwa yang dikaitkan dengan Umno itu menamatkan penghujahannya hari ini dan pasukan pembelaan Anwar dijangka akan mengemukakan jawapan pada hari Khamis.
Anwar berkata, Shafee gagal menjelaskan kehadiran DNA pihak ketiga dan mengandaikan bahawa ia mungkin milik doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.
"Tiba-tiba, fokusnya pada doktor pertama yang memeriksa (Saiful) dan pendakwaan mahu mencabar reputasinya?
"Jika DNA pihak ketiga itu daripada Dr Osman, ambillah DNA beliau,” katanya.
"Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.
“Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan 'Lelaki Y'.
“Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).
“Saya bukan pendakwa dan seluruh kepura-puraan ini diketahui seluruh dunia. Saya adalah mangsa konspirasy yang jijk dan sekarang anda kata Anwar tiada bukti (DNA), maka Anwar bersalah?,” katanya.
Anwar: Shafee hanya buat ucapan politik