Harga rokok naik sebanyak RM1.50 mulai 5 November 2014. Antara jenama rokok tersebut adalah Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesant, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd, kenaikan ini adalah susulan kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November 2014.
British American Tobacco Malaysia (BAT) sebelum ini mengumumkan harga rokok keluaran mereka dikekalkan pada harga lama selepas kenaikan sebanyak RM1 pada 8 September 2014.
Langkah itu diambil bagi memastikan syarikat berkenaan mampu bersaing dengan pengeluar lain.
Selain itu, pada 30 September tahun lalu juga menyaksikan kenaikan harga rokok setiap pek adalah sebanyak RM1.50 dan merupakan kenaikan tunggal terbesar dalam sejarah. –