ARTIKEL SEBELUM

12/11/14

BWF gantung sementara Chong Wei

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) menggantung sementara bintang badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei kerana jelas telah melanggar peraturan antidoping.

Badan dunia itu mengenakan tindakan penggantungan itu berdasarkan dapatan hasil analisis terperinci terhadap sampel diambil pada Kejohanan BWF Dunia pada Ogos.

"BWF telah merujuk perkara itu kepada Panel Pendengaran Doping BWF, dan dengan itu, Pengerusi Panel akan menetapkan masa, tarikh dan lokasi pendengaran. Panel akan menentukan sama ada benar atau tidak atlet itu telah melanggar peraturan antidoping," kata BWF dalam kenyataan hari ini.

Menurut Klausa 14.4.1 Peraturan AntiDoping BWF, dan berikutan tindakan penggantungan sementara itu, BWF dan anggota persatuan – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) – kini boleh mengumumkan identiti pemain yang terbabit dalam perkara itu.

Penggantungan Sementara (Klausa 7.6.2) menetapkan atlet dilarang secara sementara daripada menyertai mana-mana pertandingan sebelum keputusan dibuat Panel Pendengaran Doping BWF. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud