ARTIKEL SEBELUM

26/10/14

UM nafi polis berkawal, halang pidato Anwar

Universiti Malaya (UM) menafikan telah mengeluarkan notis amaran kepada mahasiswa melarang mereka menghadiri pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus perdana itu esok.

Pentadbiran UM turut menafikan bahawa polis akan mengambil alih menjaga keselamatan kampus itu esok bagi menghalang majlis itu.

"Tiada ada perkara bahawa polis akan mengambil alih. UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?" kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Datuk Rohana Yusof.

Beliau juga menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang ancaman untuk mengambil tindakan displin terhadap pelajar yang terlibat dalam majlis itu.

"Tidak ada notis. UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu wakil majlis perwakilan pelajar Timbalan Setiausaha Leong Yu Sheng mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa pihak universiti akan menutup kawasan kampus bagi menghentikan acara pada malam esok.

Mkini.com

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud