ARTIKEL SEBELUM

23/10/14

PAS serius laksana hudud, anjur seminar bentang kertas kerja

PAS menunjukkan keseriusan dalam hasratnya melaksanakan hukum hudud, menganjurkan seminar membentangkan kertas kerja Ahad ini, termasuk menjemput penceramah dari Brunei, di mana hudud berkuatkuasa secara berperingkat mulai April tahun ini.

Seminar itu akan berlangsung di Terengganu dan bakal dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, sementara majlis penutup dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bertemakan "Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu", antara tajuk kertas kerja akan dibentangkan termasuk Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Pelaksanaan Syariah di Negara Brunei Darussalam, Pelaksanaan Syariat di Aceh dan Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu.


Panel yang dijemput bagi mengupas isu itu terdiri daripada Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus dan Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.

Selain mereka, dua lagi panel tokoh tempatan adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Fadzli Datuk Hasaan dan mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu Datuk Wan Abdul Mutalib Embong.

Program tersebut dianjur bersama Dewan Ulama PAS Terengganu dan pertubuhan bukan kerajaan Islam.

Langkah ini memperlihatkan kesungguhan parti Islam tersebut di mana sebelum ini mereka membawa usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan Mei lalu.

Bagaimanapun, langkah tersebut menerima kritikan daripada banyak pihak, malah rakan parti mereka DAP juga membidas usaha tersebut.

Sementara itu, Putrajaya juga sudah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Hudud akan ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah terbabit, melibatkan PAS, kerajaan negeri Kelantan.

Selain itu, parti komponen pemerintah Barisan Nasional, MCA dan MIC juga tidak bersetuju dengan langkah dibawa PAS tersebut. –

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud