Dua anggota Melayu DAP Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd Daud menyelar penyebaran gambar mirip mereka berdua sedang berciuman di Internet.
Mereka menyifatkannya tindakan itu sebagai “politik murahan”.
Dyana, bintang muda DAP dan calon pilihan raya kecil Teluk Intan, berkata beliau jijik dengan cubaan untuk mencemarkan nama baiknya itu.
“Sebagai perempuan, saya sasaran mudah. Saya marah.
"Tetapi saya tidak mahu merendahkan diri ke tahap mereka dan melayan dengan komen lanjut,” kata Dyana, yang juga setiausaha politik ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.
Sementara itu, Zairil (gambar) pula ketika dihubungi mengutuk tindakan itu dan enggan mengulas lanjut apa yang disifatkannya sebagai “serangan murahan”.
Gambar bersebar luas itu antaranya memaparkan lelaki dan wanita mirip mereka berdua berciuman, berkucupan dan berpelukan.- mkini