ARTIKEL SEBELUM

3/10/14

Bajet pertama Azmin janji lebih pembangunan

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata beliau merancang untuk meningkatkan peruntukan pembangunan dalam belanjawan negeri yang akan dibentangkan kelak.

Jelasnya, beliau merancang untuk mengurangkan belanja pengurusan dan meningkatkan belanja pembangunan secara berkadar, dan perkara itu tidak boleh dikompromi.

Membandingkannya dengan belanjawan negara, Azmin maklum bahawa belanjawan negara lebih cenderung kepada berbelanja untuk pengurusan.

Beliau berkata dalam bajet di peringkat pusat, belanja mengurus sebanyak 80 peratus berbanding 20 peratus untuk pembangunan akan memberi kesan kepada peringkat bawahan.

Sejak mengetuai kelab penyokong kerajaan Selangor, ADUN Bukit Antarabangsa itu sering menegaskan tentang keperluan belanja pengurusan dikurangkan kerana tidak mahu ia menjejaskan pembangunan negeri.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud