ARTIKEL SEBELUM

22/10/14

Anwar yakin sabitan kes liwat akan dibatalkan, percaya undang-undang

 
 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan keyakinan sabitan kes liwat terhadapnya akan dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

"Tak perlu doakan supaya saya tak akan dipenjarakan. Saya percaya dengan undang-undang, dan menurut undang-undang, saya tidak seharusnya dipenjarakan," kata Anwar.

"Kenapa pula rayuan saya tidak akan berjaya? Tidak ada fakta atau bukti, jadi atas alasan apa hendak mensabitkan saya bersalah?" soalnya.


Ketua pembangkang itu berkata demikian semasa melawat kedai-kedai di Little India di Klang dan berbual dengan penduduk tempatan yang sedang sibuk membuat persiapan sempena Deepavali esok.- TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud