ARTIKEL SEBELUM

14/09/14

Wan Azizah enggan dedah kandungan surat kedua PKR kepada Istana Selangor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lebih senang mendiamkan diri berhubung kandungan surat kedua yang dihantar ke Istana Selangor dan meminta semua pihak sabar menunggu respons dari istana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2014.  

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan mendedahkan kandungan surat kedua yang dihantar parti itu kepada Istana Selangor pada Selasa lepas.

Beliau juga enggan menyebut sama ada nama calon lain disertakan dalam surat itu bagi jawatan menteri besar Selangor yang baharu.

"Kita tunggu dahulu, hari ini separuh hari kan. Kita tunggu respons istana."Hari ini saya jumpa (ahli PKR Kuala Selangor) selepas pemilihan parti bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad, bekas exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin," katanya kepada pemberita di Kuala Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri penyampaian sijil program bacaan Bahasa Inggeris dan penyerahan wang bantuan program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), di Kuala Selangor.

Selasa lepas, PKR dan DAP masing-masing menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor susulan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan kedua-dua parti itu yang hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu.

Selain menghantar surat kedua itu, pada hari yang sama PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Selangor, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan menteri besar Selangor.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud