ARTIKEL SEBELUM

4/09/14

PKR terima surat dari istana

 


PKR hari ini menerima surat dari istana Selangor, dipercayai jawapan kepada pencalonan menteri besar.

"Ya, kami terima surat hari ini," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil .

Bagaimanapun, katanya, butiran mengenainya hanya akan dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan di kemudian.



"Beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa satu jam akan datang," katanya.

Pengesahan itu dibuat selepas sebuah kereta rasmi istana dilihat di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tarikh akhir bagi pihak Pakatan Rakyat mengemukakan pencalonan mereka untuk jawatan menteri besar ialah hari ini.

PKR mengemukakan calon tunggalnya, Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk jawatan tersebut, semalam.\ Mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud