ARTIKEL SEBELUM

8/09/14

PAS mahu kerusi MB tetapi.......

 Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ingin kerusi menteri besar Selangor menjadi milik PAS dengan cara terhormat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.

memang berkeinginan kerusi menteri besar Selangor sekiranya berpeluang, namun masanya belum tiba untuk kerusi berkenaan yang kini menjadi milik PKR diambil alih parti Islam itu, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata, PAS mahukan kerusi berkenaan dengan cara yang betul dan mampu memberikan lonjakan kepada perjuangan parti rakan dalam Pakatan Rakyat itu.

"Kita buat keputusan, soal kerusi menteri besar kita serahkan kepada Sultan. Kita tidak akan tuntut jawatan itu."Jangan fikir saya tidak mahu melihat seorang menteri besar daripada PAS. Itu cita-cita kita.

"Tapi dengan cara dan kaedah yang melonjakkan perjuangan kita. Tidak hari ini, esok. Insya-Allah," kata Salahuddin ketika forum "Tahaluf Siyasi di antara kejayaan pilihan raya dan keberkesanan dakwah di Selangor" hari ini.

"Jawatan itu akan jadi milik kita jika kitalah yang selayaknya," katanya di Ijtima' PAS Selangor yang disiarkan secara langsung melalui radio Internet hari ini.-TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud