ARTIKEL SEBELUM

13/09/14

PAS Kelantan nafi Hadi tidak setuju pemilihan calon PRK Pengkalan Kubor

 

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob (gambar) hari ini menafikan perselisihan faham antara kepimpinan PAS negeri dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pemilihan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Beliau berkata pemilihan Wan Rosdi Wan Ibrahim dipersetujui pucuk pimpinan parti.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata calon itu diumumkan olehnya beliau tanpa kehadiran Hadi kerana pemimpin itu berada di luar negara."Sepatutnya presiden (PAS) yang umumkan calon itu tetapi disebabkan kelewatan penerbangan, beliau tidak sempat untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin bersama Masyarakat Siam di Wat Machimaran di Tumpat, hari ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN pada 20 Ogos lepas.

Pada Pilihan Ray Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada esok manakala 25 September sebagai hari mengundi. – Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud