ARTIKEL SEBELUM

27/09/14

PAS anggap pengurangan exco pengorbanan selesaikan krisis

 Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata semua pihak perlu ingat musuh sebenar PAS adalah Barisan Nasional dan bukannya rakan parti Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 September, 2014.

Walaupun PAS Selangor berkata mereka tidak memberi persetujuan dengan keputusan pengurangan jumlah exco mereka, PAS Pusat menerimanya dengan hati terbuka walaupun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PAS memahami "kesukaran membuat pilihan" oleh menteri besar, lapor lidah rasmi parti Islam itu, Harakahdaily.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya."Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya.

Mustafa menegaskan semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan mana-mana pihak dan menegaskan musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.

PAS Selangor dalam kenyataannya menafikan sebarang dakwaan ia bersetuju agar bilangan ahlinya yang menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata beliau dimaklumkan PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan yang diputuskan menteri besar baru itu.

"Kami berasa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik. Bagaimanapun PAS mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat," katanya.

Pagi semalam, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Adun PAS terdiri daripada Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Zaidy adalah muka baru manakala exco yang tidak dikekalkan ialah Ustaz Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud