ARTIKEL SEBELUM

23/09/14

Lim Guan Eng tak faham undang-undang tubuh S'gor

 

SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mungkin tidak faham Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri apabila melabelkan empat exco PAS Selangor sebagai pengkhianat.

Salah seorang exco tersebut, Sallehen Mukhyi berkata beliau dan tiga lagi exco PAS kekal dalam kerajaan negeri bersama Tan Sri Khalid Ibrahim adalah kerana mahu mempertahan kerajaan negeri dari jatuh.

"Lim mungkin tak faham Undang-Undang Tubuh Negeri. Sejak awal saya sebut empat orang exco PAS menjadi benteng terakhir Pakatan Rakyat.

"Jangan label exco PAS sebagai pengkhianat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara majlis angkat sumpah menteri besar Selangor baharu Mohamed Azmin Ali.

Adun Sabak itu mengulas kenyataan Lim semalam yang menganggap empat exco PAS Selangor sebagai pengkhianat kerana gagal menunjukkan kesetiaan bersama enam exco yang dipecat secara tidak adil oleh Khalid.

Selain beliau, tiga lagi exco PAS adalah Iskandar Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

"Sebab 4 exco PAS inilah maka kerajaan ini boleh bertahan, dan kita dah ikut peraturan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor," katanya. - HARAKAHDAILY

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud