ARTIKEL SEBELUM

4/08/14

Rumah bukan lagi tempat berlindung di Gaza

 Letupan kuat dari bedilan tentera Zionis di wilayah Gaza baru-baru ini.

IBU masih selamat dan ibu masih hidup.

Itulah kata-kata ibu setiap kali saya menghubunginya.

Alhamdulillah, saya dapat berhubung dengan ibu kelmarin, dan dia masih hidup.

Buat masa ini ketiadaan elektrik menyukarkan saya untuk berhubung dengan mereka, kira-kira 50 peratus hubungan internet di Gaza juga terputus.

Emosi yang begitu hebat perlu saya lalui di sini (Malaysia), setiap masa menanti khabar dari mereka. Entahkan hidup entahkan tidak.

Kami bagaikan terpenjara di negeri sendiri. Tidak bebas bergerak. Rumah bukan lagi tempat berlindung.

Tanpa rasa belas kasihan, kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa. Sekolah, hospital dan universiti musnah. Elektrik dan air tidak ada. Kehidupan kami tidak normal.

Jika keluar rumah mencari makanan, belum tentu kami akan pulang dengan selamat. Jika berada rumah, kami tetap menjadi sasaran bedilan Israel.

Di mana tempat kami boleh berlindung? Bom sana sini. Ada kala kami bersembunyi di gereja, masjid. Itu juga belum tentu nyawa kami selamat. Kami sentiasa berlari mencari perlindungan.

Israel tidak pernah memberi peluang untuk kami mempertahankan diri.

Sebaliknya kami diserang setiap hari. Tidak tahu bila giliran kami menghadap Ilahi. Tetapi kami tidak takut mati. Kami sudah bersedia.

Saya sudah enam tahun tinggal di Malaysia, baru selesai menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Perbankan dan Kewangan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan bakal menyambung ke peringkat doktor falsafah.

Saya merancang pulang ke Palestin Ramadan lalu, tetapi tidak kesampaian kerana situasi di Gaza bertambah genting.

Kali terakhir saya pulang adalah pada Mei tahun lalu.

Hendak balik ke negara sendiri pun susah. Kalau sudah masuk, belum tentu saya boleh kembali ke Malaysia.

* Rakyat Palestin dari Gaza, Ahmed Barakat, 30, pelajar Sarjana Perbankan dan Kewangan di UIA.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud