ARTIKEL SEBELUM

6/08/14

Menteri ini letak jawatan kerana krisis Gaza

 
 Warsi memuatnaik status mengenai peletakkan jawatannya melalui laman Twitternya hari ini.
LONDON - BRITAIN. Menteri Luar Britain, Baroness Warsi hari ini dilaporkan telah meletak jawatan berikutan percanggahannya dengan polisi kerajaan terhadap Gaza.

Perletakan jawatannya disahkan oleh beliau sendiri melalui sebuah status yang dimuatnaik melalui akaun laman sosial Twitternya pada hari ini.

“Dengan penuh kesal saya mengakui telah menlis surat kepada Perdana Menteri untuk mengusulkan perletakan jawatan saya.

“Saya tidak boleh pertahankan sokongan saya ke atas polisi kerajaan terhadap Gaza,” katanya seperti yang dipetik melalui status dari akaun Twitternya.

Merurut sebuah laporan yang dipetik dari portal, perletakan jawatan Warsi dikatakan menjadi tamparan buat Perdana Menteri, David Cameron yang dikritik hebat oleh pelbagai pihak kerana gagal mengutuk tindakan rejim Zionis yang membedil dan menyerang penduduk Gaza di Palestin.

Cameron juga dikatakan gagal menyelar tindakan tentera Israel yang telah melakukan serangan udara ke atas sebuah sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Rafah baru-baru ini.

Dalam surat perletakan jawatannya, beliau berpendapat bahawa Cameron harus lebih tegas menyatakan pendirian beliau mengenai pendekatan dan pandangan kerajaan dalam konflik Israel-Palestin dari segi moral dan bukannya demi kepentingan negara.

“Dasar kita menekankan kepentingan proses hubungan damai di Timur Tengah secara amnya, namun baru-baru ini perdekatan kita berhubung krisis semasa di Gaza disifatkan tidak kukuh dari segi moral, ia turut akan menjejaskan dan memudaratkan reputasi kita di peringkat antarabangsa dan dalam negara dalam jangka masa panjang,” katanya melalui surat tersebut.

Beliau yang dilantik sebagai Menteri Luar sejak 2012 kerap menyatakan pandangan beliau mengenai pertempuran yang berlaku antara Palestin dan Israel melalui akaun Twitternya yang mempunyai 35,000 pengikut.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud