ARTIKEL SEBELUM

26/08/14

Giliran Khalid Samad didakwa mengikut Akta Hasutan

 Ahli Parlimen Shah Alam (PAS)  Khalid Samad bakal menyertai Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang didakwa awal hari ini atas kesalahan memfitnah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2014.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan didakwa esok atas tuduhan menghasut kerana ‎kenyataan dibuat mengenai Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Ahli Jawatankuasa PAS itu menyertai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa  dengan kesalahan fitnah.

Seorang lain ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang juga Naib Presiden PKR N Surendran, turut didakwa mengikut Akta Hasutan minggu lepas.Khalid memberitahu pemberita malam ini beliau akan didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala ‎Lumpur di Jalan Duta  berkata, polis memaklumkan kepadanya berkenaan pertuduhan itu melalui sistem pesanan ringkas hari ini.

Surendran didakwa pada 19 Ogos di Mahkamah Sesyen, terhadap satu kenyataan pada April lalu berkaitan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Nizar mengaku tidak bersalah hari ini di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan jenayah memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam ucapannya pada dua tahun lalu.

Khalid pada 26 Jun menggesa Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Islam (Enakmen No 3, 1952) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 dikaji semula.

Beliau bertindak demikian selepas Mais gagal mematuhi keputusan peguam negara ‎Bible Bahasa Malaysia dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dikembalikan kepada Persatuan Bible Malaysia.

Pada 15 Julai, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata Khalid biadap kerana mempersoalkan kedudukannya sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

"Ahli Parlimen Shah Alam tidak sepatutnya mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan agar kerajaan Pakatan Rakyat memansuhkan kuasa eksekutifnya.

"Beta sedih dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab ini," titah Sultan.

Berikutan itu Khalid berkata, beliau meminta maaf kepada Sultan jika kenyataannya itu difahami baginda sebagai mencabar kuasanya.

Khalid bagaimanapun berkata beliau berpegang kepada pendirian kerajaan negeri Selangor perlu mengkaji semula kuasa eksekutif Mais, sambil menambah ia tidak berniat mencabar kuasa Sultan, tetapi untuk melindungi institusi diraja daripada mana-mana kritikan apabila Mais keliru di dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. TMI

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud