Exco-exco kerajaan negeri Selangor dari DAP dan PKR menegaskan bahawa mereka akan meneruskan tugas masing-masing namun enggan bertemu dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang menteri besar baru dari Pakatan Rakyat dilantik untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Kami tidak akan berjumpa dengan Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan exco) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing," kata enam exco tersebut dalam satu kenyataan.