Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengatakan pemecatan mereka tidak sah dan tetap akan menjalankan tugas seperti biasa.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim menolak pemecatan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebut kerana Sultan Selangor sahaja berhak mengambil tindakan sedemikian.
"Pelantikan Exco Selangor dibuat oleh Sultan atas nasihat menteri besar.Oleh itu, Sultan sahaja boleh tolak kedudukan Exco," kata Teng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sungai Pinang pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.