ARTIKEL SEBELUM

20/07/14

Tembakan pertama menteri kesihatan pada Rusia

 

Datuk Seri S Subramaniam menjadi menteri pertama yang mengkritik langsung Ukraine dan Rusia kerana kurang membantu Malaysia memasuki kawasan nahas di mana pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh.

“Saya sungguh marah apabila pasukan Smart (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) kita tidak mendapat sokongan diperlukan dan akses ke tapak nahas untuk operasi mencari.

“Pihak berkuasa Ukraine dan Rusia mesti memberikan sokongan untuk keselamatan penglibatan kita,” katanya dalam kenyataan di Facebook.


Kenyataan Subramaniam (gambar) itu dilihat menongkah arus selepas kerajaan secara rasmi dilihat begitu mengambil pendekatan diplomatik dengan kedua-dua negara itu.

“Sebarang usaha pemberontak pro-Rusia menafikan kemasukan ke tapak nahas dan campur tangan dengan bukti patut dikutuk.

“Sebagai sebuah bangsa kita harus menunjukkan tekad menggali ke akar umbi bagi mencari keadilan untuk seluruh masyarakat yang menjadi mangsa tindakan serangan ganas,” katanya.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud