ARTIKEL SEBELUM

2/07/14

Rizalman akan diekstradisi balik ke New Zealand

 


Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan bahawa pegawai waran 2 Muhammad Rizalman Ismail akan diekstradisi ke New Zealand berkaitan tuduhan serangan seksual terhadapnya.

Anifah mengesahkannya kepada Malaysiakini melalui SMS petang ini.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Rizalman ke New Zealand, untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

Menurutnya, Rizalman akan diiringi seorang pegawai kanan tentera dari Kementerian Pertahanan.

Keputusan ini disampaikan oleh Anifah kepada rakan sejawatnya, Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, petang ini.


 Malaysiakini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud