ARTIKEL SEBELUM

12/07/14

Rakyat Singapura simpati Gaza, kerajaan condong memihak Israel






SINGAPURA: Sokongan rakyat Singapura terhadap penduduk Gaza yang kini sedang berdepan serangan ganas tentera rejim Zionis dilaporkan semakin meningkat biarpun kenyataan rasmi kerajaan republik itu dilihat agak memihak kepada Israel.

Sebuah laman Facebook yang diberi nama Singaporeans Stand With Palestine yang dibuka pada 2010 mencatatkan peningkatan sehingga 10,000 pendukung yang baru minggu ini saja, lapor Yahoo! News.

Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan pada Khamis menyuarakan kebimbangannya terhadap keganasan yang meningkat dan meminta "serangan roket ke atas Israel mesti dihentikan serta merta."

Kenyataan itu juga menyeru Israel untuk "sedaya upaya menahan diri' bagi mengelakkan korban nyawa yang tidak berdosa.

"Semua pihak mesti segera mencari jalan untuk mengendurkan keadaan, berusaha ke arah gencatan senjata dan memastikan keselamatan semua orang awam," kata kenyataan itu seperti disiarkan oleh The Straits Times.

Kenyataan rasmi republik itu dipersoalkan oleh sesetengah rakyatnya sendiri serta warga Malaysia dan Indonesia di jaringan media sosial. Mereka mempertikaikan kenapa Singapura tidak meminta Israel menghentikan serangan ke atas Gaza.



Beberapa pengguna jaringan Facebook juga memuat naik rakaman imej daripada siaran berita televisyen di saluran Suria yang melaporkan kenyataan Kementerian Luar itu.



Mereka mempersoalkan nada kenyataan tersebut. Komen-komen mereka jelas membayangkan rasa kurang senang dengan gaya laporan saluran televisyen berbahasa Melayu itu.

Singapura mempunyai hubungan diplomatik serta jalinan kerjasama perdagangan dan ketenteraan dengan Israel.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud