ARTIKEL SEBELUM

17/07/14

Polis cari "pengunci stereng "dalam kes Siti Fairrah Asyikin

 Wanita yang digelar "kiki" atau Siti Fairrah Ashykin Kamarudin, 30, (tiga, kiri) keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas memberi keterangan berhubung tindakannya menyerang dan mengetuk kereta pesara kerajaan, Sim Siak Heong, 68, selepas berlaku kemalangan kecil pada Isnin lepas di Kuantan, hari ini. - Foto Bernama
 kiki" atau Siti Fairrah Ashykin Kamarudin, 30, (tiga, kiri) keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan selepas memberi keterangan berhubung tindakannya menyerang dan mengetuk kereta pesara kerajaan,


Wanita yang bertindak ganas ke atas seorang warga emas Sim Siak Heong, 68, dalam satu insiden kemalangan pada Isnin lepas di bandar ini ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Siti Fairrah Asyikin atau Kiki, 30, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira pukul 4 petang tadi dengan ditemani kedua-dua ibu bapanya serta seorang adik perempuan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis kini sedang menyiasat daripada pelbagai sudut mengenai kejadian yang tersebar luas di media sosial itu.

"Polis juga sedang mengesan pengunci stereng yang digunakan wanita terbabit untuk mengetuk kereta warga emas berkenaan.

"Mengikut keterangan awal, wanita itu mendakwa telah membuang pengunci stereng itu di sekitar bandar ini dan kita dalam usaha mencari alat tersebut sebagai barang kes," katanya kepada pemberita di Kuantan.

Beliau berkata, selain itu pihaknya sudah mengenal pasti individu yang merakam video dan dimuat naik di laman sosial untuk membantu siasatan.

Abdul Aziz berkata polis juga sudah merakam percakapan Sim semalam dan sekiranya ada sebarang keperluan dalam siasatan, polis akan memanggilnya semula untuk memberi keterangan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Dalam kejadian 1.10 tengah hari Isnin lepas, Kiki yang memandu sendirian mengamuk dan mengetuk kereta Sim dengan pengunci stereng setelah kereta Sim secara tidak sengaja melanggar kereta Peugeot 208 milik Kiki.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud