ARTIKEL SEBELUM

2/07/14

Mahkamah NZ tarik balik perintah larangan

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Mahkamah New Zealand hari ini umum menarik balik larangan untuk tidak mendedahkan identiti seorang suspek diplomat dari Malaysia yang didakwa terbabit dalam satu kes serangan seksual dan rompakan di negara itu.

Seperti yang dipetik melalui portal TVNZ, Hakim Daerah Wellington mengumumkan kebenaran untuk mendedahkan nama suspek setelah dicabar oleh pertubuhan media negara itu.

Suspek, Mohammad Rizalman Ismail yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Wellington.

Dalam insiden 9 Mei lalu, suspek dalam lingkungan 30-an didakwa melakukan serangan seksual seorang wanita berusia 21 tahun selepas mengekori mangsa sehingga ke rumahnya.

Pada 10 Mei lalu, suspek dikatakan hadir buat kali pertama di Mahkamah Daerah Wellington namun tiada media yang hadir ketika pembicaraan untuk membuat liputan.

Akhir bulan lalu, seorang hakim New Zealand telah mengeluarkan perintah larangan "suppression order" bagi mengelakkan identiti lelaki didedahkan.

Semalam, Kementerian Luar New Zealand secara rasmi telah meminta negara terbabit untuk mengetepikan kekebalan diplomatik tetapi permohonan itu dikatakan telah ditolak.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu sidang media hari ini, mengesahkan laporan tersebut dan beliau menjamin satu siasatan akan dijalankan ke atas suspek oleh pihak berkuasa di negara ini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud