ARTIKEL SEBELUM

31/07/14

Lelaki kena tembakan dgn peluru senapang angin

Peluru masih melekat di dahi mangsa. 

BANTING - “Aku kena tembak!” itu luah seorang lelaki yang dikenali sebagai Shukor yang dipercayai terkena peluru sesat di Jalan Jugra, Taman Banting Baru, petang semalam.

Adik mangsa, Norasliyana Othman, 28, menceritakan semula kejadian itu, abangnya bersama dua lagi individu termasuk tunangnya yang dikenali sebagai Iqbal menaiki sebuah kereta Honda City dalam perjalanan ke pekan Banting kira-kira jam 4.45 petang.

“Saya dimaklumkan oleh Iqbal, abang yang duduk di bahagian belakang memberitahu dia kena tembak, pada mulanya Iqbal yang sedang memandu kereta menyangka abang iparnya itu bergurau.

“Apabila Iqbal menoleh ke bahagian belakang mendapati dahi abang berdarah dan terdapat kesan peluru di dahinya,” katanya , semalam.

Menurutnya, pada ketika itu keadaan Shukor lemah, Iqbal segera menghantar abang iparnya ke Hospital Banting untuk rawatan.

“Abang kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru tersebut,” katanya.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Banting. Berita mengenai kes itu kemudian menjadi viral di laman sosial sejak petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penembak sudah ditangkap dan senapang angin yang digunakan telah dirampas.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud