ARTIKEL SEBELUM

7/07/14

Kapal Terbang Air Asia terbabas semasa mendarat [ gambar]

 BRUNEI. Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang tadi.

Memetik laporan sebuah portal, kejadian tersebut telah disahkan oleh AirAsia.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, insiden membabitkan Penerbangan AK 278 kira-kira 4 petang dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Menurut kenyataan itu lagi, semua penumpang dan kru pesawat berkenaan berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Semasa kejadian terdapat seramai 102 penumpang dan tujuh kru di dalam pesawat.

AirAsia menambah, kakitangannya di lapangan terbang tersebut sedang melakukan apa yang perlu bagi membantu semua penumpang terlibat.

Pada masa sama, pihaknya turut bekerja sama dengan semua pihak berkuasa bagi mengenalpasti apakan punca kejadian berkenaan.

AirAsia juga akan memaklumkan maklumat terkini mengenai kejadian berkenaan jika perlu.


 




 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud