ARTIKEL SEBELUM

19/07/14

Hishammuddin sahkan nenek tirinya itu penumpang MH17

 


PUTRAJAYA - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengesahkan nenek tirinya antara penumpang Penerbangan MH17, pesawat Malaysia Airlines yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

Bagaimanapun kata beliau, rasa marah atas sebab peribadi tidak akan membantu merungkai punca tragedi.

"Apa boleh kita buat...marah tidak akan membantu," katanya ketika diserbu pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan waris mangsa MH17 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Puan Sri Siti Amirah Kusuma, 83, merupakan isteri kedua Allahyarham Tan Sri Mohammad Noah Omar, iaitu datuk kepada Hishammuddin dan juga Najib.

Allahyarham Mohammad Noah meninggal dunia pada 1990.

Semasa pertemuan dengan waris mangsa MH17, Hishammuddin dilihat memujuk Lt Komander Lee Vee Meng yang kehilangan isteri Ng Shi Ing, seorang anak lelaki dan ipar perempuan.

"(Anggota) Keluarga saya juga ada di dalam pesawat itu". Demikian kedengaran kata-kata Hishammudin kepada Lee. -Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud