Pelakon dan pengacara jelita Noorneelofa Mohd Noor tampil dengan wajah baru apabila nekad berhijab selepas bersahur pada hari pertama Ramadan, kelmarin.
Noorneelofa yang mesra dengan panggilan Neelofa ketika dihubungi bersyukur kerana apa yang dia inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. "Walaupun pernah terbit rasa ragu tapi inilah yang saya ingin dan syukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijab," katanya
Pengacara program Nona dan MeleTop itu turut menyifatkan penghijrahannya itu adalah ikhlas dan tiada paksaan."Insya-Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru. Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya malah mereka adalah pemberi semangat buat saya," katanya.