ARTIKEL SEBELUM

9/07/14

Haram makan ikan diberi bangkai babi: Mufti

Ipoh: Haram bagi umat Islam memakan ikan yang diberi makan bangkai babi tanpa dikuarantin selama tiga hari.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ikan seperti itu hanya boleh dimakan jika tempoh kuarantin berkenaan dilakukan termasuk diberi makan makanan lain sepanjang tempoh itu. Katanya, bagaimanapun jika umat Islam memakan ikan terbabit tanpa mengetahui ternakan itu diberi makan bangkai babi, ia tidak menjadi kesalahan.

“Bagi ikan makan (bangkai) babi, ikan itu bukan babi, tetapi menjadi makanan najis.

“Jika orang Islam tidak tahu maka tiada masalah, tetapi jika tahu tidak boleh dimakan serta-merta, kena kurung tiga hari dan diberi makan makanan lain dan selepas itu baru boleh dimakan.

“Adalah haram hukumnya jika proses kuarantin tidak dilakukan kerana ikan itu menjadi makanan najis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas siasatan Jabatan Perikanan Perak di sebuah kolam ternakan ikan patin yang kering di Jalan Ipoh-Batu Gajah di Lahat, menjumpai tulang haiwan yang dipercayai babi.
Bagaimanapun, Harussani berkata, beliau belum dimklumkan kes pengusaha kolam ternakan patin di Lahat memberi makan bangkai haiwan itu.

Beliau bagaimanapun menasihati umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga makanan yang dimakan sejajar dengan kehendak agama.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud