ARTIKEL SEBELUM

10/07/14

Beberapa digantung keahlian, Ahli Parlimen Kuala Langat diberi surat tunjuk sebab



Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 8hb Julai 2014 yang dipengerusikan Preseiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) Sdr VASANTHA KUMAR A/L KRISHNAN (Cabang Hulu Langat)
Beliau telah didapati membuat tuduhan tidak berasas terhadap beberapa anggota parti sewaktu proses pemilihan Cabang Hulu Langat pada 11hb Mei.

1) Sdr VASANTHA KUMAR A/L KRISHNAN dengan ini digantung keanggotaan selama tiga (3) bulan bermula serta-merta.

2) Sdr SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD (Cabang Hulu Selangor)
Beliau telah membocorkan laporan minit Mesyuarat Biro Politik kepada umum melalui akaun twitter beliau pada 14hb Mei 2014.

Sdr SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD dengan ini digantung keanggotaan selama tiga (3) bulan bermula serta-merta.

3) Sdri NOR ASMAH BAHARUDDIN (Cabang Bandar Tun Razak)
Beliau telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti melalui laman Facebook beliau pada 26hb Jun 2014.

Sdri NOR ASMAH BAHARUDDIN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan beliau sehingga siasatan selesai.

Lembaga Disiplin mengingatkan semua calon supaya tidak menggunakan anggota-anggota parti yang telah digantung keanggotaan atau telah dipecat untuk berkempen, khusus menuju pusingan akhir pemilihan iaitu pada 10hb Ogos 2014.

Tambahan pada itu, Lembaga Disiplin telah mendapati bahawa:

Sdr ABDULLAH SANI ABDUL HAMID (Cabang Kuala Langat) telah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Berita Harian edisi 9hb Julai 2014 bertajuk “Abdul Khalid perlu akur ‘Langkah Kajang’” yang menyentuh isu kedudukan Menteri Besar Selangor.

Sdr ABDULLAH SANI ABDUL HAMID akan diberi surat tunjuk sebab untuk mendapatkan penjelasan beliau berkenaan kenyataan media tersebut.

# Datuk Dr Tan Kee Kwong adalah Pengerusi Lembaga Disiplin PKR

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud