ARTIKEL SEBELUM

24/07/14

Air Algerie terputus hubungan dengan pesawat

 

Syarikat penerbangan Algeria, Air Algerie dilaporkan terputus hubungan dengan pesawat tersebut hampir sejam selepas berlepas dari Burkina Faso dalam perjalanan ke Algiers.

Laporan AFP yang memetik agensi berita tempatan APS menyebut, pesawat tersebut terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Ouagadougou ke Algiers, 50 minit selepas berlepas.

Menurut Reuters, APS tidak menyebut jumlah penumpang dalam penerbangan AH5017.

Sementara itu, Air Algerie di laman webnya menyebut, pesawat Airbus A320 itu membawa 112 passengers.

Laporan Reuters yang memetik kenyataan Swiftair yang berpengkalan di Madrid pula menyebut, pesawat itu aadalah pesawat Swiftair yang dikendalikan bagi pihak Air Algerie.

Perkhidmatan penjejak pesawat Fligthradar24 menyebut ia tidak mempunyai liputan untuki menjejak laluan pesawat AH 5017, yang melibatkan laluan 2,700 kilometer termasuk Gurun Sahara.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud