ARTIKEL SEBELUM

24/06/14

Ugut pancung kepala: Perkasa burukkan imej Islam

 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak terutamanya masyarakat Islam menolak ugutan “memancung” oleh PERKASA yang dianggapnya memberi kesan buruk kepada keharmonian di negara ini.

"Kita melihat kenyataan sebegitu hanya mencerminkan pemikiran tidak bertamadun dan perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam," kata menteri besar Selangor.

Yang Dipertua PERKASA Negeri Sembilan Ruslan Kassim semalam mengancam untuk “memancung leher” pihak yang didakwa memperkotak-katik agama dan memperlekeh sultan dalam isu Bible.

Beliau berkata demikian ketika berhimpun bersama 200 ahli NGO itu di hadapan Istana Bukit Kayangan Shah Alam semalam untuk mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar tidak memulangkan dan melupuskan Bible yang dirampas.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid menyeru semua pihak berhenti mengambil kesempatan di atas isu itu demi kepentingan sendiri dan menghormati titah sultan Selangor agar ia diserahkan kepada mahkamah.

Menurut Khalid, kenyataan pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu tidak mencerminkan identiti Islam bahkan memberi pandangan buruk terhadap agama dan bangsa Melayu.- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud