ARTIKEL SEBELUM

14/06/14

Sepanyol Kena Belasah 1 - 5

Foto 
RAUT kecewa penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas sejurus Robin van Persie (kiri) jaring gol


Robin van Persie dan Arjen Robben masing-masing menyumbat dua gol membantu Belanda membuat kejutan dalam Piala Dunia selepas membelasah juara bertahan, Sepanyol 5-1 dalam aksi Kumpulan A, hari ini.

Kemenangan anak didik Louis van Gaal itu juga satu misi membalas dendam selepas skuad bergelar Oranje itu tewas 0-1 kepada Sepanyol dalam final Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Kali terakhir juara bertahan kalah dalam perlawanan pembukaan adalah Perancis apabila diaibkan oleh Senegal pada 2002 tetapi belum pernah ada penyandang juara itu dibelasah teruk sebagaimana dialami skuad La Roja.

Ia juga kekalahan teruk untuk Sepanyol dalam tempoh 51 tahun selepas dibaham Scotland 6-2 pada 1963.

Jaringan van Persie pada minit ke-44, 72 dan Arjen Robben (m-53,80) serta satu daripada Stefan de Vrij (m-64) jelas menambah derita Sepanyol pimpinan Vicente Del Bosque yang jelas tidak dapat mencari jawapan di atas kekalahan teruk yang tidak diduga peminat global.

Arjen Robben of the Netherlands (centre) is congratulated by his teammates after he scored a goal against Spain during their 2014 World Cup Group B soccer match at the Fonte Nova arena in Salvador today. – Reuters pic, June 14, 2014.

Sepanyol mendahului 1-0 hasil sepakan penalti Xabi Alonso pada minit ke-27 selepas Diego Costa dijatuhkan namun senario awal mereka mampu mempertahankan kedudukan itu meleset selepas Belanda bangkit garang dengan ledakan lima gol untuk memalit duka kepada juara bertahan itu.

Ribuan penyokong Sepanyol yang berkumpul di Madrid untuk menyaksikan perlawanan pulang hampa melihat pasukan pujaan mereka seperti hilang arah dan tiada ilham bangkit untuk mencari mata.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud