ARTIKEL SEBELUM

14/06/14

Pengguna Twitter@YouTiup beri keterangan hina Almarhum Sultan Perak

 

Pengguna Twitter@YouTiup tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung komen-komen yang didakwa menghina institusi beraja khususnya berhubung kemangkatan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.

Dia yang hadir di pejabat MCMC di Cyberjaya dengan ditemani peguamnya, memberi keterangan selama tiga jam kepada pegawai MCMC, demikian menurut kenyataan SKMM.

Sesi memberi keterangan itu menyusul sehari selepas pihak SKMM menjalankan penyiasatan bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman terhadap individu berkenaan di rumahnya di Kuala Lumpur.

Beberapa kelengkapan atau peranti komunikasi miliknya turut disita untuk membantu siasatan.

MCMC juga menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu yang menghina institusi beraja di media sosial untuk tampil memberikan maklumatbagi membantu siasatan.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud